My Collection - The Crazy Frog

Sunday, May 15, 2005

I N K

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Thursday, April 28 @ 10:07:35 MYT
Topic: Islam

Bahagian I:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Kardinal (Padri) Abu Ishaq

Saya adalah ketua kepada Gereja Missinari Koptik Afrika Barat dan Asia. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memeluk Islam. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang muslim. Saya adalah musuh Islam yang terbesar. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana telah mengIslamkan saya.

Setelah saya keletihan disetiap sudut untuk mencari kebenaran dan mencarinya di atas dan bawah dan apabila saya yakin bahawa Islamlah agama yang sebenar maka saya telah memeluk Islam.

Setelah saya engkajinya secara mendalam kesemua kitab-kitab kristian, saya dapati nama Nabi (Muhammmad) SAW, walaupun ia tidak menyebut Muhammad atau Ahmed tetapi melalui maknanya: al Muazzi pembawa berita gembira). Tetapi kenapa Saya menjadi muslim? Adakah saya menjadi muslim untuk mendapatkan kekayaan?

TIDAK! Kerana saya telah mendapat gaji sebanyak 3,000 (Mesir) dan dari gaji tersebut saya menghabiskan sebanyak 600 untuk hashish, lain-lain dadah dan alkohol. Saya juga tidak menjadi muslim untuk mengahwini wanita cantik, tetapi saya menjadi muslim kerana kesucian Islam dan kasih sayang dan keampunan dalam Islam. Saya menjadi Islam kerana kebenaran yang saya temui dan saya mengikutinya dan saya menyedari kepalsuan dan meninggalkannya.

Semenjak saya masih kanak-kanak di sekolah di 'Said, Mesir; kemudian di sekolah Ahad; kemudian di 'Koliya Lahut' (Kolej Jesus) di Beirut dan kemudian semasa saya membuat doktorate dalam bidang agama di Falkulti Theologi di universiti Kaherah; tidak pernah terdapat mata pelajaran atau kuliah yang diajar yang tidak pernah mengutuk Islam dan mengajar kita untuk membencinya.

Kami telah diajar untuk memiliki dua personaliti dan untuk menerima Jesus (Isa AS) adalah kambing hitam dan bahawa beliau mengampuni kesemua dosa kita dan kita mestilah percaya bahawa beliau adalah Tuhan, Anak Tuhan dan beliau maha berkuasa. Bahawa Tuhan tidak terpisah dari badan Jesus dan bahawa beliau adalah 'singa yang perkasa' yang mempertahankan keyakinan orang-orang kristian daripada keburukan moral dan pendustaan Islam.

Seseorang sepatutnya sentiasa enyoal diri sendiri (mengenai Tuhan) dalam keadaan yang jujur dan ikhlas, beliau juga sepatutnya sentiasa memikirkannya dengan bijaksana. Ini kerana pengetahuan yang kamu miliki (mengenai agama) dan kebenarann sebenar mengenainya mungkin amat berbeza. Sesiapa yang tidak mengetahui mengenai agamanya walaupun beliau mengetahui mengenai perkara lain adalah sia-sia dalam kehidupan ini.

Pengetahuan dikaitkan dengan pengetahuan terhadap Allah. Kita tidak pernah melihat Allah tetapi kita mempercayai-Nya, kita tidak pernah melihat Jesus tetapi kita telah mendengar ajarannya dan kesemua para nabi dan kita tidak pernah melihat Muhammad SAW tetapi kita telah mendengar ajarannya.

Semasa saya mula mempelajari kitab Testimen Baru dan kisah mengenai hubungan yang meragukan di dalamnya dan saya dapati bahawa ia amat tidak boleh diterima. Kami diberitahu untuk mempercayai bahawa al-Masih adalah Tuhan dan kami dilarang dari menyoal begitu banyak soalan. Saya pernah melihat seorang saudara menyoal imam apa sahaja soalan yang beliau ada, bebas dan tidak terbatas, tetapi di dalam gereja kamu dilarang menyoal apa-apapun. Kamu hanya boleh mendengar. Di universitipun, merekka menyatakan perkara yang sama, 'jangan soal, tapi hanya dengar'. Semua ini sering becanggah dengan kkefahaman saya. Saya sering berkata kepada mereka, bagaimana saya boleh mengajar orang lain sedangkan saya sendiri tidak memahaminya!

Semasa saya mula mempelajari Testimen Baru, ia adalah pada hari krismas. Alangkah indahnya hari tersebut! Sesiapa yang mmahu menyaksikan krismas harus datang ke Mesir. Menjelang tengah malam, lampu digereja dipadamkan selama lima minit pada hari krismas, memberi isyarat bahawa kami bukan menuju kepada kegelapan tetapi dari kegelapan kepada cahaya (sebagaimana yang dilihat dari kelahiran Jesus. Dan dalam masa lima minit tersebut para remaja lelaki dan perempuan bercampur bebas di dalam gereja. Mereka tidak teragak-agak dalam pergaulan bebas dan mereka tidak pernah menghormati hakikat bahawa mereka sebenarnya berada di rumah Tuhan. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh bulan Januari, berbagai-bagai acara keagamaan yang tidak masuk akal telah dijalankan. Mereka rukuk kepada idol (patung) yang terdapat pada pintu masuk gereja kerana setiap orang yang memasuki gereja hendaklah rukuk. Saya telah melihat ada juga beberapa orang Islam yang melakukannya hanya untuk menyertai perayaan hari krismas.

Dalam salah satu krismas semasa saya menetuai 'Abbey Megirgis', seseorang telah datang untuk mengorbankan seekor biri-biri dan beliau meminta untuk menemui ketua Abbey. Pada ketika itu, sebagaimana adat telah dikelilingi oleh lain-lain padri dan saya menunjukkan diri dan memberitahu beliau bahawa sayalah ketua Abbey. Beliau telah meminta izin dari saya untuk mengorbankan biri-birinya di hadapan pintu Abbey (di mana terletaknya patung 'saint Megirgis') kerana beliau (saint Megirgis) telah memberinya Fatima. Saya tanya siapakah Fatima.

Beliau menjawab bahawa Fatima adalah anaknya dan bahawa isterinya tidak berupaya memperolehi anak selama 25 tahun sehingga beliau datang kepada Abbey dan meminta 'saint Megirgis' agar menganugerahkannya seorang anak. Beliau berkata bahawa anak tersebut telah dilahirkan pada malam krismas.

Dan telah berlaku banyak kejadian seperti itu. Dan selepas saya mendengar kejadian tersebut saya sering mahu bertanya kepada seseorang yang lebih tinggi daripada saya, samada bishop atau kardinal mengenai kejadian tersebut.

Saya telah dilahirkan dalam sebuah kampung kristian di kelilingi oleh kampung kristian yan lain, yang mempunyai jumlah penduduk seramai 60,000 orang di mana tiada seorangpun yang beragama Islam! Zaman remaja saya dihabiskan 100% kristian. Saya hidup dalam kufr (tidak beriman) dan shirk (menyekutukan Allah dengan yang lain).

Setiap kali kami ke gereja, mereka akan mengingatkan kami agar berhati-hati dan berwaspada terhadap umat Islam. "Jangan bercampur dengan mereka", kata mereka; "Jangan makan bersama mereka", "berwaspadalah terhadap mereka". Saya sering berkata kepada diri sendiri, di manakah umat Islam yang sering dinyatakan kepada kami oleh padri agar berwaspada? Tiada seorangpun!

Umat Islam yang pertama yang saya lihat ialah semasa saya memasuki sekolah menengah. Mereka sering memisahkan seorang kristian dari seorang Islam di dalam kelas kami dan ada kalanya dari dalam diri saya, saya sering bertanya kenapakah kami diasingkan. Setiap kali saya bertanya padri soalan tersebut, beliau menjawab, "berhati-hatilah dengan orang-orang Islam atau kamu tidak akan dapat memasuki syurga dan saya akan mengambil pengampunan Tuhan daripada kamu". Seolah-olah syurga berada ditangannya. Seolah-olah mereka yang menguasai siapa yang akan memasuki syurga dan siapa yang akan mereka tarik keluar!

Walau bagaimanapun saya perlu mencari kebenaran, walau di mana sekalipun kebenaran itu berada, mungkin dalam agama Yahudi, Buddha atau jika ia berada dalam Islam dan saya terpaksa mengikti Nabi Muhammad SAW. Dan jika saya tidak dapat mencari kebenaran tersebut saya bersedia untuk menjadi seorang atheis.

Setiap kali mereka melihat saya duduk bersama seorang Islam di sekolah, mereka akan datang dan memisahkan saya dari mereka.

Di universiti, apabila saya membawa kitab oleh Dr Ibrahim Khalil, seorang guru di Lahut (Kolej Jesus), agar saya dapat menyoal beliau mengenai pandangannya dalam kitab tersebut, saya diberitahu oleh padri bahawa beliau telah meninggal dunia (sebenarnya beliau telah memeluk Islam dan meninggalkan kolej tersebut).

Setiap perkara yang saya baca menyakinkan saya bahawa hanya terdapat SATU Tuhan. Apabila saya membincangkannya dengan pelajar lain di kolej, padri memberi amaran kepada saya agar tidak membincangkan mengenai teori tersebut dengan orang lain.

Saya telah berkata kepada padri bahawa segala-gala yang mereka ajar kepada saya telah mempersiapkan saya untuk menjadi guru kepada skriptur tersebut. Saya berkata, "bagaimana boleh saya mengajar di masa hadapan jika kamu tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan terhadap soalan saya. Bagaimana jika sekiranya mereka menyoal soalan yang serupa yang saya soal kamu pada hari ini?"

Saya menyoal lagi, bolehkah guru mathematik mengajar math tanpa memahami subjeknya? Tetapi mereka tiada jawapan untuk itu. Mereka mahu saya menjadi seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran, "seekor keldai yang membawa kitab." Apa yang perlu saya lakukan menurut mereka hanyalah memberi keampunan kepada sesiapa sahaja yang mahukan pengampunan dan menerima bayaran dari mereka kerana melakukannya. Menurut mereka itu sahajalah yang perlu dilakukan, TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH!

Pope (dari gereja koptik orthodox) memutuskan untuk menjadikan saya ketua kepada missionari di Afrika Barat. Sedangkan pada masa tersebut saya sendiri masih tercari-cari tentang keenaran dan saya terlalu ingin untuk mencapainya.

Saya sentiasa tidak percaya kepada salib, ia tidak wujud dalam bible, dan saya amat mengetahui mengenainya sebelum saya membaca al-Quran lagi. Terdapat banyak perkara lagi seperti 'Mannut al-Masih', yang saya tidak tahu dari mana mereka datang dan kesemuanya adalah rekaan manusia. Saya memiliki buku dan skripnya, saya tahu!

Satu hari Pope sendiri telah memanggil saya dan saya telah diberitahu oleh pembantu saint (istilah yang digunakan untuk Pope) bahawa beliau telah memanggil saya tetapi bagi saya beliau bukanlah seorang saint!

Bersambung....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home