My Collection - The Crazy Frog

Sunday, May 15, 2005

I N K (IV)

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Saturday, May 14 @ 21:50:21 MYT
Topic: Islam

Bahagian Akhir:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Mereka yang berfahaman orthodox tidak percaya bahawa para padri mesti berpakaian hitam kecuali gereja Koptik. Tahukah kenapa? Kesemua golongan Katholik memakai putih atau merah tetapi Koptik memakai hitam. Terdapat rahsia dalam mengenakan pakaian hitam dari kepala sehingga tumit yang hanya diketahui oleh gereja. Izinkan saya memberitahu kepada anda.

Apabila umat Islam membuka Mesir, Pope Alexandria pada masa itu, iaitu Pope Marcus berkata, "mereka telah datang untuk menolong kita menentang Eropeh dan bukan untuk menjajah bumi kita sebagai penjajah. Oleh itu kita hanya akan gembira kembali, dan membuka pakaian hitam jika sekiranya kita dapat menghumbankan mereka keluar (merujuk kepada umat Islam)." Dan kamu boleh melihat sendiri bahawa para padri akan berpakaian hitam di luar dan apabila mereka berada di gereja mereka akan berpakaian putih.

Tidak berapa lama kemudian Pope telah menghantar saya ke Omdurman di Sudan sebagai ketua Missionari. Setibanya di sana kami telah dibawa seramai 35 orang untuk dibaptis sebagai kristian dan saya lakukannya. Di atas arahan gereja kami memberi setiap orang sebanyak 35,000 (Mesir). Ia adalah sejumlah wang yang banyak untuk setiap orang dari mereka, dan kami mempunyai jumlah wang yang banyak untuk kerja-kerja missionari dari cawangan di Amerika Syarikat dan Kanada. Wang tersebut datang dari gereja Universal dan dihantar terus kepada gereja di Mesir. Pada masa itu 1 (Mesir) (Sudan).

Saya menghubungi Pope dan memberitahunya bahawa saya telah melakukan pembaktisan dan kini mereka semua menjadi kristian. Saya telah diarah oleh Pope untuk membawa mereka bersama-sama saya menerusi sungai Nil menaiki bot agar mereka dapat di "brain washed". Beliau memberitahu saya bahawa telah menjadi tugas kami untuk mengambil wang dari umat Islam dan menggunakannya untuk mengkristiankan umat Islam. Beliau berkata itu adalah matlamat kami.

Semasa kami berada dalam kapal melayari sungai Nil, saya telah ke kabin saya untuk melihat keadaan mereka. Saya telah ke kabin salah seorang yang baru dikristiankan dan saya terkejut melihat beliau sedang bersembahyang secara Islam. Saya bari sahaja memberinya wang sebanyak 35,000, yang boleh menjadikannya seorang jutawan di Sudan dan saya melihat bahawa beliau masih belum berubah menjadi seperti seorang kristian. Saya meninggalkan kabindan memberitahu salah seorang dari pembantu saya agar memanggil lelaki tersebut ke kabin saya untuk disoal. Saya mesti mengatakan pada ketika itu, segala puji bagi Allah, bahawa selama 47 tahun di Mesir. saya belum pernah bertemu dengan seorang muslim yang mahu menjadi kristian. Walau bagaimanapun dengan kebesaran dan rahmat daripada Allah SWT, sepuluh orang telah menganut Islam melalui universiti al-Azhar (di Kaherah) sahaja. setiap hari.

Saya memanggil lelaki tersebut dan berkata kepadanya, "anak, tidakkah kamu telah menjadi kristian?" Beliau menjawab, "ya! saya telah mengambil dari kamu sebanyak 35,000, tetapi saya jualkan diri dan jasad saya, bukannya hati dan jiwa saya! hati saya akan tetap beriman kepada kalimah 'La Ila Ha Ilallah, Muhammad Ar Rasulullah." Beliau meneruskan dengan berkata bahawa kami orang-orang kristian memiliki wang dan beliau akan menggunakannya untuk membantu keluarganya tetapi beliau akan kekal sebagai seorang muslim. Beliau berkata, "Sekarang, kamu boleh memiliki jasad saya, kamu boleh mencampakkannya ke dalam sungai Nil, bunuhlah saya tetapi kamu tidak akan dapat menghalang saya dari menyembah Ar Rahman."

Selepas apa yang telah berlaku kepada saya saya memutuskan untuk menjadi seorang muslim, untuk beribadat kepada Tuhan yang SATU, Tuhan yang menjadikan malam dan siang. Pada saat itu, semasa kami masih berada di sungai Nil, saya telah mula solat sebagai seorang muslim. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana membantu saya untuk melihat kebenaran!

Kepada seluruh penganut kristian, ingin saya katakan, kembalilah kepada Tuhan dan percayalah bahawa Tuhan itu SATU, iaitu Allah. Kembalilah kepada kitab Allah yang sebenar, Al-Quran. Dan kepada seluruh umat Islam, ingin saya katakan berpeganglah kepada agama Islam yang sebenar dan saya ingin memberi amaran kepada kamu bahawa akan tiba saatnya berlaku konflit, kemajuan teknologi yang berkembang pesat dan bersatulah.

Demi Allah, saudara muslimin dan muslimat yang telah memeuk Islam di Mesir tidak mendapat makanan untuk di makan. Penganut kristian dapat makan dengan mewah, dan menyerahkan bil makanan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (iaitu untuk mendapatkan makanan percuma).

Segala Puji bagi Allah Tuhan dan Pemilik Seluruh Alam.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home