My Collection - The Crazy Frog

Tuesday, May 17, 2005

Serangan Kpd Islam

PENUBUHAN IFC
1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC? 6
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. 7

2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
* Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

4. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.

7. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.
Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini

Sunday, May 15, 2005

I N K (IV)

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Saturday, May 14 @ 21:50:21 MYT
Topic: Islam

Bahagian Akhir:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Mereka yang berfahaman orthodox tidak percaya bahawa para padri mesti berpakaian hitam kecuali gereja Koptik. Tahukah kenapa? Kesemua golongan Katholik memakai putih atau merah tetapi Koptik memakai hitam. Terdapat rahsia dalam mengenakan pakaian hitam dari kepala sehingga tumit yang hanya diketahui oleh gereja. Izinkan saya memberitahu kepada anda.

Apabila umat Islam membuka Mesir, Pope Alexandria pada masa itu, iaitu Pope Marcus berkata, "mereka telah datang untuk menolong kita menentang Eropeh dan bukan untuk menjajah bumi kita sebagai penjajah. Oleh itu kita hanya akan gembira kembali, dan membuka pakaian hitam jika sekiranya kita dapat menghumbankan mereka keluar (merujuk kepada umat Islam)." Dan kamu boleh melihat sendiri bahawa para padri akan berpakaian hitam di luar dan apabila mereka berada di gereja mereka akan berpakaian putih.

Tidak berapa lama kemudian Pope telah menghantar saya ke Omdurman di Sudan sebagai ketua Missionari. Setibanya di sana kami telah dibawa seramai 35 orang untuk dibaptis sebagai kristian dan saya lakukannya. Di atas arahan gereja kami memberi setiap orang sebanyak 35,000 (Mesir). Ia adalah sejumlah wang yang banyak untuk setiap orang dari mereka, dan kami mempunyai jumlah wang yang banyak untuk kerja-kerja missionari dari cawangan di Amerika Syarikat dan Kanada. Wang tersebut datang dari gereja Universal dan dihantar terus kepada gereja di Mesir. Pada masa itu 1 (Mesir) (Sudan).

Saya menghubungi Pope dan memberitahunya bahawa saya telah melakukan pembaktisan dan kini mereka semua menjadi kristian. Saya telah diarah oleh Pope untuk membawa mereka bersama-sama saya menerusi sungai Nil menaiki bot agar mereka dapat di "brain washed". Beliau memberitahu saya bahawa telah menjadi tugas kami untuk mengambil wang dari umat Islam dan menggunakannya untuk mengkristiankan umat Islam. Beliau berkata itu adalah matlamat kami.

Semasa kami berada dalam kapal melayari sungai Nil, saya telah ke kabin saya untuk melihat keadaan mereka. Saya telah ke kabin salah seorang yang baru dikristiankan dan saya terkejut melihat beliau sedang bersembahyang secara Islam. Saya bari sahaja memberinya wang sebanyak 35,000, yang boleh menjadikannya seorang jutawan di Sudan dan saya melihat bahawa beliau masih belum berubah menjadi seperti seorang kristian. Saya meninggalkan kabindan memberitahu salah seorang dari pembantu saya agar memanggil lelaki tersebut ke kabin saya untuk disoal. Saya mesti mengatakan pada ketika itu, segala puji bagi Allah, bahawa selama 47 tahun di Mesir. saya belum pernah bertemu dengan seorang muslim yang mahu menjadi kristian. Walau bagaimanapun dengan kebesaran dan rahmat daripada Allah SWT, sepuluh orang telah menganut Islam melalui universiti al-Azhar (di Kaherah) sahaja. setiap hari.

Saya memanggil lelaki tersebut dan berkata kepadanya, "anak, tidakkah kamu telah menjadi kristian?" Beliau menjawab, "ya! saya telah mengambil dari kamu sebanyak 35,000, tetapi saya jualkan diri dan jasad saya, bukannya hati dan jiwa saya! hati saya akan tetap beriman kepada kalimah 'La Ila Ha Ilallah, Muhammad Ar Rasulullah." Beliau meneruskan dengan berkata bahawa kami orang-orang kristian memiliki wang dan beliau akan menggunakannya untuk membantu keluarganya tetapi beliau akan kekal sebagai seorang muslim. Beliau berkata, "Sekarang, kamu boleh memiliki jasad saya, kamu boleh mencampakkannya ke dalam sungai Nil, bunuhlah saya tetapi kamu tidak akan dapat menghalang saya dari menyembah Ar Rahman."

Selepas apa yang telah berlaku kepada saya saya memutuskan untuk menjadi seorang muslim, untuk beribadat kepada Tuhan yang SATU, Tuhan yang menjadikan malam dan siang. Pada saat itu, semasa kami masih berada di sungai Nil, saya telah mula solat sebagai seorang muslim. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana membantu saya untuk melihat kebenaran!

Kepada seluruh penganut kristian, ingin saya katakan, kembalilah kepada Tuhan dan percayalah bahawa Tuhan itu SATU, iaitu Allah. Kembalilah kepada kitab Allah yang sebenar, Al-Quran. Dan kepada seluruh umat Islam, ingin saya katakan berpeganglah kepada agama Islam yang sebenar dan saya ingin memberi amaran kepada kamu bahawa akan tiba saatnya berlaku konflit, kemajuan teknologi yang berkembang pesat dan bersatulah.

Demi Allah, saudara muslimin dan muslimat yang telah memeuk Islam di Mesir tidak mendapat makanan untuk di makan. Penganut kristian dapat makan dengan mewah, dan menyerahkan bil makanan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (iaitu untuk mendapatkan makanan percuma).

Segala Puji bagi Allah Tuhan dan Pemilik Seluruh Alam.

Wassalam.

I N K (III)

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Friday, May 06 @ 05:06:02 MYT
Topic: Islam

Bahagian III:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Saya pergi menemui padri. Tetapi sebelum saya dapat berkata apa-apa beliau telah berkata, "saya mempunyai berita baik untuk kamu". Orang-orang di sini telah bercakap mengenai kamu dan mereka sukakan kamu. Saya akan meminta agar kamu ditukarkan secara tetap di sini dari 'Asyut'. Beliau fikir nahawa saya telah mendapat gambaran tentang apa yang dikatakan oleh Pope kerana saya telah memimpin gaya hidup yang sederhana. Wanita di Asyut, memakai pakaian yang sopan dan tidak memakai miniskirt yang dipakai oleh wanita di Alexandria. Beliau menjangkakan bahawa semua itu akan meyakinkan saya untuk tinggal dan membantu membangunkan gerejanya.

Saya menjawab tawarannya dengan soalan. Saya berkata, "saya amat gembira untuk tinggal di sini dengan syarat kamu dapat menjawab satu soalan yang saya tidak berpuashati." Beliau menjawab dengan pengesahan. Saya bertanya, "Padri, begitu ramai orang yang telah menemui saya untuk memohon keampunan dan saya mengampunkan mereka, dan saya datang kepada kamu untuk memohon pengampunan dan kamu mengampunkan saya dan kamu telah pergi kepada Pope untuk memohon pengampunan dan Pope mengampunkan kamu. Tetapi siapa yang akan mengampunkan dosa Pope?"

Beliau berkata, "kamu bercakap mengenai Pope, tidakkah kamu tahu bahawa beliau tidak berdosa!" Saya berkata, "bagaimana boleh jadi begitu?" "Jika Nabi Lut tidak boleh lari dari menghidapi penyakit dan Nabi Daud tidak boleh lari dari melakukan dosa, maka bagaimana Pope boleh menjadi tidak berdosa? Tuhan sendiri sebagai Jesus tidak boleh lari dari melakukan dosa sedangkan kamu memberitahu saya bahawa Pope tidak berdosa?!"

Padri tersebut terus menuju kepada telefon dan memberitahu Pope bahawa, "Abu Ishaq masa sama seperti dulu dan tiada apa di sini yang boleh mengubah pandangannya," iaitu suasana yang lebih mewah dan wanita tidak mengubah saya. Pope terus memberi arahan tegas agar saya dipenjarakan di gereja dan disiksa.

Perbandingan penjara kepada penyiksaan di gereja tidak boleh dibandingkan. Saya telah menjalani hukuman pada bandingan satu per seribu yang terpaksa saya lalui selama 97 hari di penjara gereja. Semasa saya dimasukkan ke bilik siksaan saya dapati seramai 15 - 20 orang padri berbaris dengan alatan masing-masing ditangan. Salah seorang dari mereka telah memukul saya dengan peralatan tersebut manakala yang lain meludah ke arah saya sambil menggelar saya sebagai 'penjual gereja' atau berkata "kamu menjual gereja kamu, orang-orang kamu dan ibu kamu".

Siksaan pertama sayaselepas itu ialah saya terpaksa menjaga babi di gereja, dipenjara di dalamnya dan bersama-sama babi. Saya terpaksa melalui beberapa jenis penyiksaan kerana saya mencari kebenaran. Mereka menghukum saya kerana saya telah lemas dan sedang berusaha untuk kepemukaan untuk mendapatkan sedikit udara.

Selama tiga bulan itu mereka telah meliwat saya dengan barangan mereka sekurang-kurangnya tujuh kali pada masa berlainan. Mereka menarik dan mencabut janggut saya dengan tangan mereka. Mereka mencabut kuku saya, tetapi di hadapan kebenaran, walaupun mereka memotong diri saya saya akan tetap mengikut jalan yang benar.

Saya telah mengira setiap hari dari 97 hari tersebut, siang dan malam. Mereka telah membawa saya kepada salah seorang padri yang paling kanan dan beliau berkata, "bersabarlah wahai anakku, balasan sebenar adalah daripada Tuhan", beliau meneruskan dengan berkata, "Barangsiapa yang takutkan Tuhan, Tuhan akan menolongnya dalam setiap penderitaannya" (Quran), beliau meneruskan dengan berkata, "Anakku, kebenaran adalah kebenaran". Saya amat ta'ajud mendengar perkataan tersebut dari seorang padri. Saya tidak pernah mendengar perkataan tersebut (merujuk kepada ayat-ayat al-Quran) sebelum ini dalam mana-mana teks agama kami. Beliau menasihati saya dengan berkata, "untuk mencapai apa yang kamu hajati, jangan beritahu sesiapapun mengenai perasaan dan pemikiran sebenar kamu". Saya amat terkejut dan terfikir kenapa beliau berkata begitu kepada saya. Beliau menasihati untuk menghubungi Pope dan untuk memohon maaf di atas komen awal saya dan utnuk berjanji dengannya bahawa saya saya akan berhenti bercakap mengenai Islam. Beliau berkata, "tetapi anakku, di dalam diri kamu adalah apa yang sebenarnya kamu mahu dan tiada siapa boleh mengubahnya". Beliau menasihati saya untuk meneruskan tugas saya sebagai padri demi untuk kehidupan saya dan demi untuk menjaga keselamatan diri saya. Beliau berkata jika saya melakukannya, maka Pope akan menerima saya kembali dan segala-galanya akan kembali seperti biasa. Tetapi saya kata TIDAK!

Saya berkata kepadanya bahawa saya tidak boleh lagi meneruskan sembahyang. Walau bagaimanapun saya mencadangkan bahawa saya bersedia untuk menjadi pembantunya. Saya berkata kepadanya bahawa pada setiap upacara sembahyang, seorang padri perlu mempunyai seorang pembantu, Pope mempunyai 13 pembantu dan saya bersedia untuk menjadi pembantu peribadinya. Padri tersebut bersetuju dan meminta saya menyertainya untuk upacara sembahyang pada hari Jumaat.

Tahukah kamu kenapa setiap dominasi kristian di seluruh dunia bersembahyang pada hari Ahad, iaitu hari sembahyang agama kristian tetapi kenapa gereja Orthodox Mesir bersembahyang pada hari Jumaat. Sebabnya ialah agar ia boleh mengganggu umat Islam apabila mereka menunaikan solat Jumaat (iaitu apabila loceng dibunyikan).

Pada hari Jumaat sebagaimana yang dijanjikan saya telah pergi ke kediaman persendirian padri untuk membantu beliau menyusun untuk upacara sembahyang. Saya mengetuk pintu sebanyak 3 kali. Caranya ialah, kita mengetuk sekali dan menunggu jawapan untuk seketika. Jika selepas tiga ketukan tiada sebarang jawapan kami boleh masuk ke dalam, bimbangkan jika penghuninya sakit atau menerima musibah. Selepas ketukan ketiga apabila saya memasuki rumahnya saya melihat padri sedang bersembahyang. Tetapi tahukan anda? Beliau bersembahyang sebagaimana seorang muslim bersembahyang! Dan Allah menjadi saksi kepada apa yang saya katakan hari ini - beliau bersembahyang seperti muslim bersembahyang! Saya berdiri kaku dan terkejut, semasa saya melihat beliau membaca dari al-Quran yang berada disampingnya yang digunakan untuk membacanya dalam solatnya.

Saya cepat-cepat melihat di sekeliling untk melihat jika ada orang lain yang datang. Saya bimbang jika beliau dilihat, maka beliau akan dicampakkan kepada singa. Benarkan saya jelaskan mengenai singa. Di gereja tersebut, kami memiliki 26 ekor singa yang telah diimport khas dari Amerika. Singa tersebut diletakkan di situ untuk memastikan para padri tidak terpesung.

Jika mereka dapati sesiapa telah melakukan adominasi heretikal mereka akan mengikat tangannya dan menghulurkannya kepada tempat singa-singa yang lapar selama 2 - 3 hari. Tali tersebut dihulurkan pelahan-lahan dan orang tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit oleh singa-singa tersebut.

Salah seorang dari padri datang dan bertanyakan tentang padri tersebut dan saya berkata bahawa beliau sedang sibuk melakukan sesuatu. Oleh itu, padri tersebut meminta saya datang dan meminpin upacara sembahyang. Saya berkata pada diri saya sendiri, "kenapa saya harus pergi sedangkan saya melihat padri saya bersembahyangseperti seorang muslim!" Akhirnya padri memimpin sembahyang dan meminta saya merahsiakan apa yang telah saya lihat.

Beliau berkata kepada saya, "wahai anakku, dengarlah apa yang akan saya katakan!" Beliau jugalah orang yang telah memberi nama Ibrahim kepada saya. Beliau berkata, :Saya telah menyimpang rahsia ini selama 23 tahun dan telah menjadi Islam selama waktu tersebut. Kini saya telah berusia 65 tahun dan selama 23 tahun saya telah ditemani oleh al-Quran. Satu-satunya sahabat saya adalah ar-Rahman (ALLAH).

Semasa saya berada bersamanya, beliau memberitahu saya mengenai satu mesyuarat yang telah beliau hadiri dan rancangan Majlis Gereja Sedunia. Tujuan sebenar mereka adalah seperti berikut:

[1] Untuk menghapuskan Islam dan memusnahkan umat Islam.

[2] TUntuk menghapuskan al-Quran.

[3] Untuk menjauhkan orang-orang Arab dan terutamanya umat Islam dalam Sub Kontinen jauh dari teknologi dan progress.

[4] Untuk menjatuhkan dengan apa cara sekalipun mana-mana pemimpin umat Islam yang dikatakan berkuasa atau mereka yang mempunyai pengaruh muslim yang kuat dan mengantikan mereka dengan pemimpin yang lemah.

Saya memberitahu kamu semuanya pada hari ini. Mereka sedang berusaha untuk mencari apa saja jalan untuk menghancurkan Islam dan umat Islam. Dan saya tidak teragak-agak untuk mengatakannya dan akan terus untuk mengatakannya walaupun mereka memotong lumat tubuh badan saya, kerana pada hari ini saya adalah seorang muslim. Jika saya mati, maka saya akan mati syahid dan saya tidak takut kepada sesiapapun kecuali Allah SWT.

I N K (II)

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Saturday, April 30 @ 17:07:32 MYT
Topic: Islam

Bahagian II:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

TAKDIR YANG MENENTUKAN

Pope berkata, "Kami akan menghantar kamu ke Alexandria dan di sana terdapat orang Islam yang boleh kamu berbincang dengan mereka (iaitu untuk mengkristiankan mereka), dan boleh memujuk mereka". Saya terfikir kenapa mereka menghantar saya ke sana? Apa yang harus saya cakapkan kepada orang Islam tersebut sedangkan saya sendiri tidak mengetahui mengenai agama saya sendiri! Ia seperti orang buta meminta seorang buta yang lain untuk menjelaskan mengenai satu-satu objek secara visual.

Saya menaiki keretapi dari Asyut ke Kaherah. Walau bagaimanapun apabila saya disayangi oleh Pope saya telah dihantarkan sebuah kereta khas tetapi tidak kali ini! Bersyukur kepada Allah kerana adakalanya sesuatu telah mengganggu perjalanan kita atau satu kesukaran dan suatu rahmat telah mengejutkan kamu. Kamu haruslah menyedari bahawa setiap orang mengenali seseorang yang lebih tinggi dari mereka (seperti bossnya dan sebagainya), tetapi di sana pasti terdapat orang yang lebih tinggi dari mereka semua, YANG MAHA TINGGI!

Jika anda mengasari orang yang di bawah anda, jaga-jagalah kerana akan ada orang yang akan mengasari anda (lebih-lebih lagi Allah). Tetapi malangnya semua ini berlaku jauh dari pandangan mata seseorang (yang menyebabkan mereka tidak menyedarinya) tetapi Allah melihat kesemuanya.

Semasa saya tiba di stesen Kaherah saya telah bertanyakan kereta (untuk membawa saya ke Alexandria). Tetapi saya diberitahu bahawa semua kereta telah digunakan oleh padri lain. Oleh itu saya telah ke perhentian bas dan menaiki bas bernombor 64.

Seorang pemuda menaiki bas tersebut dan membawa beberapa buku kecil. Beliau terus membahagi-bahagikan buku tersebut kepada semua penumpang dan apabila sampai kepada saya beliau melepasi saya dan memberi buku tersebut kepada penumpang lain. Beliau dapat melihat bahawa saya seorang padri yang memakai pakaian serba hitam (dari kepala ke tumit dalam kain padri), dan ketika itu hati saya menjadi gelap dan kehidupan saya menjadi gelap!

Saya memanggil pemuda tersebut dan meminta satu buku dan beliau enggan memberinya. Beliau berkata, "buku ini bukan untuk kamu, padri" (apa yang dapat difahamkan bahawa di Mesir orang Islam tidak berdakwah kepada mereka yang bukan Islam atau sebaliknya). Tambahan pula, saya memakai salib emas pada dada saya yang besatnya lebih kurang 1/4 kilo. Tetapi saya terlalu inginkan buku yang berada ditangan pemuda tersebut. Seperti seseorang yang kelaparan dan mahukan makanan di tangan seseorang dan akan merebutnya.

Pemuda tersebut membenarkan enumpang menyimpan buku tersebut untuk dibaca di sepanjang perjalanan untuk harga hanya sebanyak 2 garsh (duit siling Mesir), atau mereka boleh menyerahkannya semula kepada pemuda tersebut. Saya merayu kepada pemuda tersebut dan ertanya kenapa beliau tidak mahu memberikan buku tersebut kepada saya. Pemuda tersebut mengumpul kesemua bukunya dan lari keluar dari bas. Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah, bahawa saya telah lupa siapa saya dan apa yang saya wakili.

Pemuda tersebut melarikan diri dan saya mengejarnya dari belakang. Orang ramai melihat kejadian tersebut yang begitu kelakar dan ketawa. Ketika itu pemuda tersebut telah terjatuh dan saya dapat menangkapnya. Saya memberinya 5 untuk buku tersebut. Pemuda tersebut mengambil wang dan berkata, "saya rasa untuk jumlah tersebut encik boleh mengambil kesemua buku ini".

Saya menyimpan buku tersebut dan meneruskan perjalanan saya ke Kathedral Abbasiyah (di Kaherah kerana beliau telah tertinggal bas) dan terus menuju ke bilik tetamu khas. Pada kebiasaannya apabila saya keletihan saya perlu membaca bible dan apabila saya membaca bible saya dapat tidur dengan cepat. Tetapi kali ini, saya mahu membaca buku kecil ini, saya terfikir sendiri Saya terfikir, adakah buku in akan membuat saya tidur atau terjaga.

Apa yang saya tidak sedar ialah dalam buku tersebut terdapat penawar bagi saya (di dalam hati saya). Ini adalah kali pertama saya memegang buku Islam ditangan saya. Saya teruskan untuk membuka helaiannya. Saya telah membukanya yang bermula dari petikan ayat al-Quran. Ia berbunyi:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya membacanya lagi dan lagi dan lagi. Saya membacanya sehingga saya dapat mengingatnya di dalam hati. Ia terasa begitu manis. Saya merasa egitu aman di dalam.

Semasa saya membacanya lagi dan lagi salah seorang pegawai mengetuk pintu dan memanggil, Ya Abu Ishaq. Saya membuka pintu dan terkeluar perkataan "Tuhan itu SATU!" Saya tidak tahu apa yang telah saya kata. Pegawai tersebut terkejut dan bertanya apa yang telah saya kata. Saya menjawab bahawa saya tidak berkata apa-apa!

Kami menuju ke kereta yang akan membawa saya ke Alexandria (akhirnya mereka mendapatkan satu kereta untuk saya). Saya bersumpah demi Allah, saya bersumpah demi Allah bahawa bermula dari saya menaiki kereta tersebut sehngga kami tiba di Alexandria, satu-satunya perkataan yang terkeluar dari lidah saya untuk sepanjang perjalanan selama 3 - 4 jam ialah:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Apabila saya tiba di Alexandria, padri yang bertugas telah menyambut saya dengan cara yang paling sopan. Beliau telah diberitahu oleh Pope bahawa saya telah menjadi kes mental kerana saya mula menyoal soalan yang salah. Pope telah menelefonnya sebelum ini dan berkata bahawa "kita mempunyai seorang muslim di gereja".

Mereka mmenganggap saya sebagai seorang muslim. Tetapi kenapa mereka begitu membenci kepada muslim, saya menyoal diri sendiri, sedangkan kita sepatutnya memberitahu mereka mesej berkasih sayang kristian! Padri tersebut berkata, "kami mahu kamu berada dalam keadaan yang baik dan melupakan kesemua pemikiran yang karut."

Pada hari Ahad, kami bersembahyang di dalam Chapel. Tetapi sembahyang di dalam gereja amat berbeza dengan bersembahyang di masjid. Di masjid, kamu akan melihat sema orang akan sama; Menteri kerajaan ataupun rakyat biasa, orang miskin atau kaya dan semua ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW: ---------- "An Arab is not better than a non Arab nor a non Arab better than an Arab, everyone is from Adam and Adam was from dust"

Di dalam gereja, semakin banyak yang anda bayar, maka semakn hadapan anda berada di dalam pew. Yang pastinya, kesemua orang di dalam Isla, setiap orang dari kita mempunyai bebanan dileher masing-masing (iaitu setiap sesuatu dicatat oleh malaikat), dan beliau bertanggungjawab di atas setiap dosanya. Tetapi di gereja, ceritanya amat berbeza, padri akan membaca untuk semua orang, dan yang lain akan "duduk dan bangun" menurut arahannya.

Jika padri mengangkat tangannya semua orang akan melakukannya juga, tetapi apa yang dibaca oleh padri, tiada siapa yang memahaminya. Beliau bersembahyang untukmereka, beliau memaafkan mereka dan beliau adalah segala-glanya untuk mereka (dari segi kerohanian) dalam kehidupan ini.

Semasa saya mmemulakan tugas saya di Abbey, saya duduk di dalam kotak pengakuan untuk mendengar pengakuan. Suatu hari seorang wanit datang kepada saya untuk memohon keampunan. Dan apa yang telah saya lakukan, saya telah mengambil hak Tuhan untuk diri saya sendiri. Saya menghulurkan tangan saya untuk mengampun orang lain tetapi saya lupa bahawa terdapat tangan yag mengatasi saya. Saya memaafkan orang lain sedangkan saya tidak tahu samada saya dimaafkan atau tidak. Saya memberi fatwa kepada orang dan saya tidak mengetahui bahawa terdapat orang yang lebih tinggi dalam alam ini.

Wanita tersebut tiba pada hari itu untuk meminta pengampunan kerana telah berzina sebanyak 3 kali dibeakang suaminya. Jadi sebagaimana yang pernah saya lakukan, saya meletakkan salib dimukanya, merahmatinya dan beliau memberikan 100 kepada saya. Sebaik sahaja saya menarik salib daripada mukanya dan menunggu eliau memberikan wang kepada saya, bibir saya seperti melekat dan saya tidak mampu untuk berkata-kata.

Semasa saya memandang ke hadapan saya, di belakang kerusi pengakuannya saya telah melihat satu tulisan daripada ahaya berwarna hijau:

"1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. 2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, 4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." [al-Ikhlas: 1 - 4]

Saya melihat beliau menangis diluar dan saya sedang menangis di dalam (bahagian kotak pengakuan). Saya sedang menangis, saya telah memberi pengampunan kepada seseorang sedangkan saya tahu bahawa saya sendiri perlu diberi pengampunan.

I N K

Kardinal (Padri) Mesir menerima Islam
Posted on Thursday, April 28 @ 10:07:35 MYT
Topic: Islam

Bahagian I:

Berikut adalah terjemahan dari bahasa Arab, syarahan audio yang disampaikan oleh bekas padri Mesir yang bernama Abu Ishaq (Isaac) dalam sebuah gereja di Mesir. Saya amat berhutang budi kepada sahabat saya, Mustafa Ahrawi kerana sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam membantu saya menterjemahkan ucapan ini dan semoga Allah membalas segala jasanya.


Abu Ishaq baru-baru ini telah memeluk Islam dan kisah dan tauladannya sepatutnya dijadikan ispirasi oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di mana dalam dunia pada hari ini, di saat seluruh umat Islam sedang terlena, tetapi masih terdapat orang yang masih bergelut dan berjuang untuk Islam dalam menghadapi bahawa yang diwujudkan oleh musuh-musuh Islam yang merupakan tragedi pada masa kini. Disaat majoriti umat Islam yang mampu membuat perubahan, tiba tiba mendiamkan diri dengan tidak menghormati dan tidak mempercayai kaliber Abu Ishaq dan lain-lain dalam situasi sepertinya kekal di barisan hadapan agama Islam. Tidakkah kita pernah dibritahu oleh al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri." (Ra’d - 13:11)? Kemudian soalan yang seharusnya selepas itu ialah, bilakah setiap orang dari kita akan memulakan proses merubah diri kita sendiri? Mungkin dengan kehendak Allah dan kisah penyayangnya seperti di bawah ini, akan membantu setiap orang daripada kita merubah diri kita sendiri.

Dan Allah Maha Mengetahui

Kardinal (Padri) Abu Ishaq

Saya adalah ketua kepada Gereja Missinari Koptik Afrika Barat dan Asia. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memeluk Islam. Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang muslim. Saya adalah musuh Islam yang terbesar. Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana telah mengIslamkan saya.

Setelah saya keletihan disetiap sudut untuk mencari kebenaran dan mencarinya di atas dan bawah dan apabila saya yakin bahawa Islamlah agama yang sebenar maka saya telah memeluk Islam.

Setelah saya engkajinya secara mendalam kesemua kitab-kitab kristian, saya dapati nama Nabi (Muhammmad) SAW, walaupun ia tidak menyebut Muhammad atau Ahmed tetapi melalui maknanya: al Muazzi pembawa berita gembira). Tetapi kenapa Saya menjadi muslim? Adakah saya menjadi muslim untuk mendapatkan kekayaan?

TIDAK! Kerana saya telah mendapat gaji sebanyak 3,000 (Mesir) dan dari gaji tersebut saya menghabiskan sebanyak 600 untuk hashish, lain-lain dadah dan alkohol. Saya juga tidak menjadi muslim untuk mengahwini wanita cantik, tetapi saya menjadi muslim kerana kesucian Islam dan kasih sayang dan keampunan dalam Islam. Saya menjadi Islam kerana kebenaran yang saya temui dan saya mengikutinya dan saya menyedari kepalsuan dan meninggalkannya.

Semenjak saya masih kanak-kanak di sekolah di 'Said, Mesir; kemudian di sekolah Ahad; kemudian di 'Koliya Lahut' (Kolej Jesus) di Beirut dan kemudian semasa saya membuat doktorate dalam bidang agama di Falkulti Theologi di universiti Kaherah; tidak pernah terdapat mata pelajaran atau kuliah yang diajar yang tidak pernah mengutuk Islam dan mengajar kita untuk membencinya.

Kami telah diajar untuk memiliki dua personaliti dan untuk menerima Jesus (Isa AS) adalah kambing hitam dan bahawa beliau mengampuni kesemua dosa kita dan kita mestilah percaya bahawa beliau adalah Tuhan, Anak Tuhan dan beliau maha berkuasa. Bahawa Tuhan tidak terpisah dari badan Jesus dan bahawa beliau adalah 'singa yang perkasa' yang mempertahankan keyakinan orang-orang kristian daripada keburukan moral dan pendustaan Islam.

Seseorang sepatutnya sentiasa enyoal diri sendiri (mengenai Tuhan) dalam keadaan yang jujur dan ikhlas, beliau juga sepatutnya sentiasa memikirkannya dengan bijaksana. Ini kerana pengetahuan yang kamu miliki (mengenai agama) dan kebenarann sebenar mengenainya mungkin amat berbeza. Sesiapa yang tidak mengetahui mengenai agamanya walaupun beliau mengetahui mengenai perkara lain adalah sia-sia dalam kehidupan ini.

Pengetahuan dikaitkan dengan pengetahuan terhadap Allah. Kita tidak pernah melihat Allah tetapi kita mempercayai-Nya, kita tidak pernah melihat Jesus tetapi kita telah mendengar ajarannya dan kesemua para nabi dan kita tidak pernah melihat Muhammad SAW tetapi kita telah mendengar ajarannya.

Semasa saya mula mempelajari kitab Testimen Baru dan kisah mengenai hubungan yang meragukan di dalamnya dan saya dapati bahawa ia amat tidak boleh diterima. Kami diberitahu untuk mempercayai bahawa al-Masih adalah Tuhan dan kami dilarang dari menyoal begitu banyak soalan. Saya pernah melihat seorang saudara menyoal imam apa sahaja soalan yang beliau ada, bebas dan tidak terbatas, tetapi di dalam gereja kamu dilarang menyoal apa-apapun. Kamu hanya boleh mendengar. Di universitipun, merekka menyatakan perkara yang sama, 'jangan soal, tapi hanya dengar'. Semua ini sering becanggah dengan kkefahaman saya. Saya sering berkata kepada mereka, bagaimana saya boleh mengajar orang lain sedangkan saya sendiri tidak memahaminya!

Semasa saya mula mempelajari Testimen Baru, ia adalah pada hari krismas. Alangkah indahnya hari tersebut! Sesiapa yang mmahu menyaksikan krismas harus datang ke Mesir. Menjelang tengah malam, lampu digereja dipadamkan selama lima minit pada hari krismas, memberi isyarat bahawa kami bukan menuju kepada kegelapan tetapi dari kegelapan kepada cahaya (sebagaimana yang dilihat dari kelahiran Jesus. Dan dalam masa lima minit tersebut para remaja lelaki dan perempuan bercampur bebas di dalam gereja. Mereka tidak teragak-agak dalam pergaulan bebas dan mereka tidak pernah menghormati hakikat bahawa mereka sebenarnya berada di rumah Tuhan. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh bulan Januari, berbagai-bagai acara keagamaan yang tidak masuk akal telah dijalankan. Mereka rukuk kepada idol (patung) yang terdapat pada pintu masuk gereja kerana setiap orang yang memasuki gereja hendaklah rukuk. Saya telah melihat ada juga beberapa orang Islam yang melakukannya hanya untuk menyertai perayaan hari krismas.

Dalam salah satu krismas semasa saya menetuai 'Abbey Megirgis', seseorang telah datang untuk mengorbankan seekor biri-biri dan beliau meminta untuk menemui ketua Abbey. Pada ketika itu, sebagaimana adat telah dikelilingi oleh lain-lain padri dan saya menunjukkan diri dan memberitahu beliau bahawa sayalah ketua Abbey. Beliau telah meminta izin dari saya untuk mengorbankan biri-birinya di hadapan pintu Abbey (di mana terletaknya patung 'saint Megirgis') kerana beliau (saint Megirgis) telah memberinya Fatima. Saya tanya siapakah Fatima.

Beliau menjawab bahawa Fatima adalah anaknya dan bahawa isterinya tidak berupaya memperolehi anak selama 25 tahun sehingga beliau datang kepada Abbey dan meminta 'saint Megirgis' agar menganugerahkannya seorang anak. Beliau berkata bahawa anak tersebut telah dilahirkan pada malam krismas.

Dan telah berlaku banyak kejadian seperti itu. Dan selepas saya mendengar kejadian tersebut saya sering mahu bertanya kepada seseorang yang lebih tinggi daripada saya, samada bishop atau kardinal mengenai kejadian tersebut.

Saya telah dilahirkan dalam sebuah kampung kristian di kelilingi oleh kampung kristian yan lain, yang mempunyai jumlah penduduk seramai 60,000 orang di mana tiada seorangpun yang beragama Islam! Zaman remaja saya dihabiskan 100% kristian. Saya hidup dalam kufr (tidak beriman) dan shirk (menyekutukan Allah dengan yang lain).

Setiap kali kami ke gereja, mereka akan mengingatkan kami agar berhati-hati dan berwaspada terhadap umat Islam. "Jangan bercampur dengan mereka", kata mereka; "Jangan makan bersama mereka", "berwaspadalah terhadap mereka". Saya sering berkata kepada diri sendiri, di manakah umat Islam yang sering dinyatakan kepada kami oleh padri agar berwaspada? Tiada seorangpun!

Umat Islam yang pertama yang saya lihat ialah semasa saya memasuki sekolah menengah. Mereka sering memisahkan seorang kristian dari seorang Islam di dalam kelas kami dan ada kalanya dari dalam diri saya, saya sering bertanya kenapakah kami diasingkan. Setiap kali saya bertanya padri soalan tersebut, beliau menjawab, "berhati-hatilah dengan orang-orang Islam atau kamu tidak akan dapat memasuki syurga dan saya akan mengambil pengampunan Tuhan daripada kamu". Seolah-olah syurga berada ditangannya. Seolah-olah mereka yang menguasai siapa yang akan memasuki syurga dan siapa yang akan mereka tarik keluar!

Walau bagaimanapun saya perlu mencari kebenaran, walau di mana sekalipun kebenaran itu berada, mungkin dalam agama Yahudi, Buddha atau jika ia berada dalam Islam dan saya terpaksa mengikti Nabi Muhammad SAW. Dan jika saya tidak dapat mencari kebenaran tersebut saya bersedia untuk menjadi seorang atheis.

Setiap kali mereka melihat saya duduk bersama seorang Islam di sekolah, mereka akan datang dan memisahkan saya dari mereka.

Di universiti, apabila saya membawa kitab oleh Dr Ibrahim Khalil, seorang guru di Lahut (Kolej Jesus), agar saya dapat menyoal beliau mengenai pandangannya dalam kitab tersebut, saya diberitahu oleh padri bahawa beliau telah meninggal dunia (sebenarnya beliau telah memeluk Islam dan meninggalkan kolej tersebut).

Setiap perkara yang saya baca menyakinkan saya bahawa hanya terdapat SATU Tuhan. Apabila saya membincangkannya dengan pelajar lain di kolej, padri memberi amaran kepada saya agar tidak membincangkan mengenai teori tersebut dengan orang lain.

Saya telah berkata kepada padri bahawa segala-gala yang mereka ajar kepada saya telah mempersiapkan saya untuk menjadi guru kepada skriptur tersebut. Saya berkata, "bagaimana boleh saya mengajar di masa hadapan jika kamu tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan terhadap soalan saya. Bagaimana jika sekiranya mereka menyoal soalan yang serupa yang saya soal kamu pada hari ini?"

Saya menyoal lagi, bolehkah guru mathematik mengajar math tanpa memahami subjeknya? Tetapi mereka tiada jawapan untuk itu. Mereka mahu saya menjadi seperti apa yang dinyatakan di dalam al-Quran, "seekor keldai yang membawa kitab." Apa yang perlu saya lakukan menurut mereka hanyalah memberi keampunan kepada sesiapa sahaja yang mahukan pengampunan dan menerima bayaran dari mereka kerana melakukannya. Menurut mereka itu sahajalah yang perlu dilakukan, TIDAK KURANG DAN TIDAK LEBIH!

Pope (dari gereja koptik orthodox) memutuskan untuk menjadikan saya ketua kepada missionari di Afrika Barat. Sedangkan pada masa tersebut saya sendiri masih tercari-cari tentang keenaran dan saya terlalu ingin untuk mencapainya.

Saya sentiasa tidak percaya kepada salib, ia tidak wujud dalam bible, dan saya amat mengetahui mengenainya sebelum saya membaca al-Quran lagi. Terdapat banyak perkara lagi seperti 'Mannut al-Masih', yang saya tidak tahu dari mana mereka datang dan kesemuanya adalah rekaan manusia. Saya memiliki buku dan skripnya, saya tahu!

Satu hari Pope sendiri telah memanggil saya dan saya telah diberitahu oleh pembantu saint (istilah yang digunakan untuk Pope) bahawa beliau telah memanggil saya tetapi bagi saya beliau bukanlah seorang saint!

Bersambung....

The Newborn!

Birth is today! Happy living.